Loading...

Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud

Loading...
Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud - Hallo sahabat infokini DK, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud
link : Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud

Baca juga


Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud

Seorang warga emas ditemui meninggal dunia oleh cucu tirinya dalam keadaan bersujud di Kampung Air Merah kira-kira jam 9 malam tadi.

Norsiah Awang, 36, berkata, ketika kejadian, dia memanggil nenek tiri, Hasnah Napiah, 80, dari luar rumah namun tiada jawapan.

Menurutnya, dia tergerak hati untuk berpatah balik ke rumah warga emas berkenaan walaupun diberitahu jiran berdekatan bahawa mangsa kemungkinan ada di rumah saudaranya di Selama.

“Bila sampai saya tengok pintu terkunci dari dalam, saya panggil tiada jawapan, saya jadi tak sedap hati…cuba tengok dari tingkap dan berusaha menggunakan ranting kayu untuk buka selak kunci sampai terbuka.

“Masa tu banjir dah mulai surut cuma ada selut-selut sahaja dalam rumah, bila tengok kat katil tak ada orang, kemudian periksa bahagian lain,” katanya.

Norsiah yang juga merupakan Anggota Pertahanan Awam (APM) ketika itu sedang bertugas memantau kejadian banjir di beberapa buah kawasan termasuk rumah Hasnah.

Katanya, dalam keadaan samar akibat terputus bekalan elektrik, dia ternampak seolah-olah terdapat bantal dalam keadaan tenggelam.

“Apabila didekati, rupa-rupanya tok terduduk dalam keadaan bersujud,” katanya.
Pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Menurutnya, Hasnah yang uzur akibat sakit lutut selama ini hanya mengengsot untuk bergerak dan tinggal seorang diri dalam rumah terbabit.

Dia dikatakan sering ke rumah adiknya di Selama, bagaimanapun tidak menyangka bahawa mangsa berada di rumah seorang diri ketika kejadian.

Jenazah Hasnah kemudian diuruskan sebelum dibawa ke masjid untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid At-Taufiq Air Merah dan selesai kira-kira jam dua pagi tadi.
Loading...


Demikianlah Artikel Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud

Sekianlah artikel Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud dengan alamat link https://www.infokini.xyz/2020/03/allahuakbar-nenek-80-tahun-ditemui.html

0 Response to "Allahuakbar, Nenek 80 tahun ditemui menghadap illahi dalam keadaan sujud"

Posting Komentar

Loading...